Friday 9 November 2018

Anda Akan Terkejut Jika Anda Tahu RAHSIA Pelajar Ini Cemerlang 9A+ dalam SPM 2017


Saya percaya TEKNOLOGI adalah tool yang sangat berguna untuk pelajar. Saya sentiasa terfikir, kalaulah zaman saya bersekolah dahulu ada teknologi seperti hari ini, sudah pasti saya menjadi pelajar cemerlang!

Bukannya saya tak cemerlang dahulu, tapi saya yakin saya boleh jadi lebih cemerlang!

Artikel di bawah ini adalah contoh terbaik di mana teknologi dimanfaatkan untuk kebaikan diri sendiri.

http://www.thesundaily.my/node/536671

Saya sendiri sudah menyaksikan ramai murid yang mendapat manfaat daripada aplikasi WhatsApp apabila ibu bapa mereka menyertai tuisyen online yang saya anjurkan sejak 2014.

Antara buktinya ada di Google Drive saya ini : https://goo.gl/FQ7MXw

Tidak dinafikan lagi, teknologi pendidikan secara online ini sangat berguna.

Cuma masih ramai yang ragu-ragu.

Bagaimana saya dapat mengubah pandangan mereka? Saya tak tergesa-gesa untuk mengubah pandangan semua orang atau majoriti ibu bapa. Bagi saya, personally, kalau saya dapat bantu 1000 parents setiap tahun pun dah bagus dah.

Adakah anda berminat untuk jadi antara 1000 orang tersebut? Anda juga ingin membantu anak anda untuk PANDAI BI dengan hanya tuisyen melalui WhatsApp?

Mohon whatsApp saya dulu ya kalau berminat atau untuk sebarang pertanyaan.
http://www.wasap.my/601128820890

Friday 19 October 2018

Apakah Rahsia Pelajar ini Dapat 9 Anugerah Dekan?



Sampai 9 anugerah dibolotnya. 

Hebat. Apakah rahsia beliau?

Cuba baca petikan berikut:

""SAYA NI MACAM LECTURER NOMBOR DUA DAH"
Ketika ditanya bagaimana dia bergaul dengan rakan sekelas, dia menjawab, walaupun ramai pelajar perempuan, pergaulan dengan mereka sangat baik dan jika ada kerja berkumpulan, dia akan join kumpulan perempuan.
“Saya tidak pernah rasa tersisih di dalam kelas. Dalam kelas, saya ni macam lecturer nombor dua dah sebab mereka akan rujuk saya.
Ketika ditanya tentang tekniknya belajar, dia yang pernah menerima 9 kali Anugerah dekan berkata, “kena selalu buat revision ringkas supaya tak lupa. Keduanya jangan berkira untuk beli buku.
“Saya juga selalu mintak nasihat daripada pensyarah mengenai buku apa yang sesuai untuk satu kursus. Dan jaga hubungan dengan ALLAH, keluarga, guru dan semua orang.
“Lagi satu, kena tengok waktu belajar yang sesuai, biasanya sebelum tidur atau awal pagi,” pesannya lagi."

Dalam ayat2 di atas terselit rahsia2 beliau.

Sila baca berita penuh di sini : https://kampusuols.com/article/423008/U-In-News/ISU/Terima-9-Anugerah-Dekan-Adiey-tak-sangka-Unisel-terbangkan-khas-ibunya-dan-tanggung-semua-untuk-hadiri-konvokesyen?fbclid=IwAR1F0VH5yRP5oEONG9Iuc5UoMaweH4NaJmCuIAjyK0ZUDtAxX4x80sDwwgQ

Sunday 2 November 2014

Rahsia Pertama Pelajar Terbaik ialah ACUAN




R1 = Rahsia Nombor Satu = ACUAN

Acuan = Bapa
Kuih = Anak

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya 

Amat mudah tapi penuh bermakna peribahasa ini iaitu anak menurut kelakuan (sifat) bapanya (sesuatu itu menurut asalnya). Walaupun definisi hanya menyebut 'bapa', sebenarnya juga bermaksud ibu dan bapa.

Dalam konteks Pelajar Terbaik, jika seseorang pelajar itu terbaik, PENYEBAB pertama dia menjadi terbaik ialah ibu DAN bapanya juga terbaik. Perhatikan saya guna kata hubung 'DAN' dan tidak menggunakan 'ATAU' yang bermaksud salah seorang mesti terbaik.

Dalam lain perkataan, untuk melahirkan anak yang terbaik, kedua-dua orang tuanya mesti jadi yang terbaik. At this point, please jangan salah anggap kenyatan saya. Terbaik di sini bukan bermaksud terbaik dalam pelajaran tetapi terbaik dalam bidang masing-masing.

Sebagai contoh, sekiranya seorang ibu itu buta huruf, sebagaimana ibu saya, beliau sudah tentu tidak dapat membantu saya belajar di rumah. Tetapi emak menjadi terbaik dari sudut lain. Emak saya yang buta huruf sebenarnya sumber inspirasi saya untuk petah berkata-kata sehingga menjadi salah seorang pendebat dalam team yang menang Bahas Piala Perdana Menteri 1991. Itulah kuasa ibu terbaik!

For those who know me, you know that I like to talk. Imagine 10 persons like me in one room and that's my mother! She can talk to anyone. I admire her for that. Other people might be ashamed if their mother is like that, but I'm proud.

Ada banyak BUKTI yang menyokong pendapat saya ini iaitu anak terbaik ialah HASIL ibu bapa terbaik. I have the privilege of knowing some of these parents. Saya selalu terjumpa golongan ibu bapa terbaik ini. Mereka bekerja keras dan tegas untuk memastikan anak mereka jadi yang terbaik.

Kadang2 orang lain yang membaca pengakuan dan perkongsian mereka ini tentang apa yang mereka buat untuk membantu anak jadi terbaik akan disalah-anggap sebagai berlagak atau menunjuk diri atau syok sendiri. Walhal orang yang berasa demikian, sebenarnya cemburu kerana mereka tidak mampu atau tidak terfikir untuk melakukan perkara yang serupa.

Sayangnya saya selalu baca dan lupa. Nampak dan elak. Maknanya saya tidak merekodkan pengakuan dan perkongsian mereka ini, golongan ibu bapa yang terbaik ini. Ruuuuugiiiii sungguh. Bukankah elok dan bermanfaat untuk semua orang lain, terutamanya ibu bapa muda yang baru mendirikan rumah tangga yang masih jauh perjalanan hidup mereka untuk mengetahu rahsia-rahsia tesebut? Agar mereka dapat replicate kejayaan ibu bapa tersebut.

In shaa Allah.


HT Amir
3.11.2014

Monday 27 October 2014

Rahsia Pelajar Corot Jadi Pelajar Terbaik



Assalamualaikum wbt

Bila idea datang menjelma, tiada apa yang dapat menghalangnya.

Begitu juga dengan niat hati ini untuk meminta minda bekerja lebih masa:

  1. Untuk mengeluarkan idea dan pandangan
  2. Untuk berkongsi dengan seluruh dunia


Tentang RAHSIA PELAJAR TERBAIK

Tentang apa yang dimaksudkan dengan frasa keramat yang menjadi idaman setiap ibu bapa, agar anak mereka perolehi.

Tentang langkah2 dan sistem serta keperluan yang wajib ada untuk menggapai gelaran tersebut.

Jadi....jika anda berminat, teruja ingin tahu....saya sarankan, ikutilah perjalanan coretan blog ini yang akan cuba menyingkap RAHSIA PELAJAR TERBAIK di seluruh Malaysia.

Bermula dengan RAHSIA diri sendiri, bagaimana saya bisa menjadi yang TERBAIK suatu ketika dahulu. Kebetulan, bertepatan dengan gambar adik di atas, saya dahulu juga asalnya pelajar corot.

Dan saya juga akan usahakan untuk mencungkil rahsia bagaimana orang lain menjadi yang TERBAIK. Saya akan cuba jejaki mereka ini dan bertanyakan apakah RAHSIA mereka menjadi PELAJAR TERBAIK.

In shaa Allah.

Semoga sasaran dapat dimiliki.
Semoga impian menjadi realiti.



Dari meja Mantan Pelajar Terbaik SM Maxwell 1989,
28 Okt 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...